SEORANG lelaki yang membawa bendera pelangi dan memakai kemeja-T dengan perkataan ‘Hormati Wanita Iran’ di bahagian belakang menceroboh padang semasa perlawanan di Piala Dunia Qatar pagi tadi.
Penceroboh berkenaan berada di atas padang selama 30 saat pada separuh masa kedua permainan antara Portugal dan Uruguay sebelum diberkas dan dikawal oleh pihak keselamatan.
Di hadapan bajunya tertera, perkataan ‘Selamatkan Ukraine’ merujuk kepada negara yang dilanda perang.
“Kami tahu apa yang berlaku di sekitar Piala Dunia ini… Ia adalah perkara biasa yang berlaku.
“Sudah tentu, kita semua bersama mereka juga. Dengan Iran juga, dengan wanita Iran. Jadi saya harap tidak berlaku apa-apa kepada individu itu, kerana kami memahami mesejnya, dan saya rasa seluruh dunia juga memahaminya,” kata pemain Portugal, Ruben Neves.
A protester disrupted the World Cup game between Portugal and Uruguay in Qatar on Monday, running onto the pitch while holding a rainbow flag.
This marks the first pitch invasion of the Qatar 2022 World Cup. pic.twitter.com/XhNrPex05s
— Doha News (@dohanews) November 28, 2022
Penunjuk perasaan itu dikenal pasti sebagai Mario Ferri dari Itali oleh agensi akhbar Itali, AGI.
Dia pernah mengadakan protes yang sama sebelum ini, termasuk di Piala Dunia 2014 di Brazil, dengan membangkitkan isu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.
Banyak yang dia perjuangkan, sememangnya dia seorang ‘superman’.