TINDAKAN jurulatih bola tampar Melaka yang melempang dua pemainnya dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 (B-14) Malaysia 2022 di Johor pada 16 Disember lepas diketahui mengundang kecaman dari orang ramai di seluruh negara termasuk daripada pemimpin politik.
Bagaimanapun, menerusi ciapan Malacca Volleyball Club di Twitter, mereka tampil mempertahankan jurulatihnya itu dengan menyatakan dia bukannya individu yang boleh dihina sesuka hati.
“Henti viralkan isu ini kerana kami sayang coach kami. Biarkan kami yang menilai baik dan buruknya. Kami sentiasa berdiri teguh dibelakang coach dan pasukan kerana kami pasukan Melaka.
“Kami sebagai pemain-pemain yang dilatih dan juga bermain untuk pasukan bawah 14 (B-14) dan 16 tahun Melaka.
“Beliau bukan gemuk dan botak yang korang (anda) boleh hina. Beliau coach kami yang melatih kami daripada hatinya yang ikhlas sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk negeri Melaka,” tulis kenyataan @mastanahvc pada Isnin.
Kami sebagai pemain-pemain yang dilatih dan juga bermain untuk pasukan bawah 14 dan 16 tahun Melaka.
Beliau bukan gemuk dan botak yg korang boleh hina . Beliau coach kami yg mlatih kami drpd hatinya yg ikhlas Sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk negeri MELAKA. pic.twitter.com/731ZmMLHq8
— malacca volleyball club (@mastanahvc) January 2, 2023
ARTIKEL BERKAITAN : Jurulatih bola tampar Melaka B-14 dikecam tampar dua atlet wanita
FLASH SUKAN melaporkan dua atlet B-14 ditampar oleh jurulatih dari pasukan Melaka yang melibatkan perlawanan tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita menyaksikan Melaka menentang Johor di SJK (C) Pei Hwa.
Insiden itu juga mengundang perhatian Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dan pihaknya telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu Badan Siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan seta-merta.
ARTIKEL BERKAITAN : Lempang Pemain B-14: Jurulatih bola tampar pasukan Melaka digantung, Mava siasat serta-merta!