SKUAD Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun menjalani sesi latihan pertama di Yangon, Myanmar, semalam.
Mereka dalam persiapan mengharungi perlawanan pertama Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang tuan rumah, Rabu ini.
Dua hari selepas Piala Dunia 2022 berakhir, perlawanan pertama Piala AFF 2022 dijadualkan berlangsung di dua negara.
Perlawanan dari Kumpulan A menandakan kejuaraan dwitahunan antara negara di rantau Asia Tenggara yang kembali beraksi.
Hari ini akan bermula dengan perlawanan antara Kemboja menentang Filipina di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh.
Manakala perlawanan kedua berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Brunei Darussalam akan menentang Thailand.
Perlawanan ini merupakan langkah pertama Thailand dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF selepas awal tahun ini menewaskan Indonesia di final.
Sesi pool recovery setibanya di hotel penginapan di Yangon, Myanmar.
Skuad Harimau Malaya seterusnya akan turun menjalani latihan, petang ini.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/wNIIbS8BeZ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 19, 2022