RIAK senyuman terpancar pada wajah pemain Terengganu FC semasa sesi latihan terakhir Piala AFC 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada petang Rabu.
Pemain kendalian Tomislav Steinbruckner kelihatan begitu bersemangat apatah lagi beraksi di laman sendiri yang menjanjikan tiga mata melayan kunjungan kelab dari Filipina, Stallion Laguna.
Pemerhatian FLASH SUKAN sepanjang sesi 15 minit yang diperuntukkan buat media bagi memotret dan merakam gambar jelas nampak kegigihan pemain Terengganu inginkan kemenangan seperti saranan ditetapkan jurulatih.
Skuad Penyu dilihat lebih yakin kali ini dengan kesemua pemain dilihat tidak berdepan isu kecederaan kecuali kapten, Habib Haroon dan pertahanan tengah meningkat naik, Safwan Mazlan yang masih belum sembuh sepenuhnya.