Foto : Selangor FC
SESI latihan terakhir Selangor FC di Shah Alam petang tadi berlangsung penuh bertenaga dan ceria sebelum bergerak ke Gong Badak pada Jumaat.
Anak buah Micheal Feichtenbeiner akan bertemu Terengganu FC di peringkat separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Rekod Red Giants cukup baik apabila mengharungi kempen kali ini tanpa bolos bermula membelasah Harini 6-0 di pusingan pertama, menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur City (pusingan kedua) dan membenam cabaran Sabah FC 2-0 di suku akhir.
Pemenang lima kali itu bersiap sedia menghadapi pertembungan yang dijangka sukar dan kali terakhir mara ke final adalah pada 2018 namun tewas 2-0 kepada Pahang.
“Dua hari lagi. Terus fokus #GergasiMerah! ,” tulis hantaran Selangor FC di Facebook.