BOLA sepak Asia terus mengalami transformasi apabila sebanyak 24 kelab terbaik benua itu akan menyertai Liga Elit Juara-Juara AFC (ACLE) yang diperkenalkan bagi musim 2024-2025 akan datang.

Manakala, 32 pasukan lagi akan bertanding dalam kejohanan yang dikenali sebagai sebagai Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan 20 kelab bersaing untuk merebut Liga Cabaran AFC (ACGL).

Perkembangan ini diputuskan semasa Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bersidang menerusi sidang video secara maya pada Isnin.

Pada sidang yang sama, Jawatankuasa Eksekutif AFC kali ke-2 meluluskan hadiah terbesar dalam sejarah bola sepak kelab Asia dari 2024/25 termasuk memperkenalkan Liga Juara-Juara Wanita AFC.

Ini bermakna, juara ACLE akan menerima hadiah lumayan berjumlah sejumlah USD12 juta, menandakan peningkatan yang ketara berbanding USD4 juta sebelum ini.

Manakala, finalis yang kalah akan menerima USD6 juta, meningkat USD4 juta bagi musim akan datang berbanding sebelum ini naib juara ditetapkan mendapat ganjaran USD2 juta bagi pertandingan ACL2 dan ACGL.

 

Presiden AFC Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, pihaknya komitmen mengukuhkan Konfederasi daam mewujudkan landskap kelab yang lebih berdaya maju secara komersial untuk Member Associations (MA).

“Liga Juara-Juara Wanita AFC adalah langkah utama yang sejajar dengan strategi kami untuk menyediakan platform untuk mempamerkan bakat pemain wanita di pentas benua.

“Kami yakin pertandingan itu akan memperkasakan wanita dalam bola sepak Asia, menyumbang kepada kesaksamaan jantina dan memberi impak positif kepada pertumbuhan permainan wanita,” katanya.