LIVERPOOL berada dalam kelompok yang agak mudah menurut keputusan undian Liga Europa 2023/2024 di Grimaldi Forum, Monte Carlo, Monaco, pada Jumaat.
The Reds, yang diletakkan pot satu ketika undian, disahkan berada dalam Kumpulan E. Liverpool berada dalam kumpulan yang sama dengan LASK, Union SG dan Toulouse.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp diramalkan tidak akan menghadapi kesukaran yang ketara untuk melepasi cabaran ketiga-tiga pasukan untuk layak ke fasa kalah mati.
Group E: @LFC
🧵 3/3 pic.twitter.com/SdZSkBsGVY
— Premier League (@premierleague) September 1, 2023
Satu lagi wakil British iaitu Brighton & Hove Albion menerima undian berbeza. Brighton mempunyai lawan yang sukar dalam fasa kumpulan.
Seagulls berada dalam kumpulan yang sama dengan Ajax Amsterdam, Marseille dan AEK Athens dalam Kumpulan B. Persaingan dalam kumpulan ini akan menjadi ujian tersendiri buat jurulatih Roberto De Zerbi.
Finalis Liga Europa musim lalu, AS Roma berada dalam kumpulan G. Pasukan ibu kota Itali itu berdepan Slavia Prague, Sheriff Tiraspol dan Servette.
Liga Europa musim ini dirancang akan berlangsung dari 21 September 2023 hingga 24 Mei 2024. Perlawanan akhir pertandingan kasta Eropah kedua ini akan berlangsung di Stadium Aviva, Dublin, Ireland.
The 2023/24 group stage is set ✅#UELdraw pic.twitter.com/rKmamwpJyf
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) September 1, 2023
Keputusan undian Liga Europa
Kumpulan A
West Ham
Olympiacos
Freiburg
TSC Backa Topola
Kumpulan B
Ajax
Marseille
Brighton
AEK Athens
Kumpulan C
Rangers
Real Betis
Sparta Prague
Aris Limassol
Kumpulan D
Atalanta
Sporting Lisbon
Sturm Graz
Rakow
Kumpulan E
Liverpool
LASK
Union SG
Toulouse
Kumpulan F
Villarreal
Rennes
Maccabi Haifa
Panathinaikos
Kumpulan G
AS Roma
Slavia Praha
Sheriff Tiraspol
Servette
Kumpulan H
Bayer Leverkusen
Qarabag
Molde
Hacken