SEVILLA akan bertemu AS Roma di final Liga Europa pada 1 Jun ini selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir awal pagi Jumaat tadi.
Sevilla memastikan tiket ke final Liga Europa buat kali ketujuh dalam sejarah selepas menyingkirkan cabaran Juventus di separuh akhir dalam saingan di Ramon Sanchez Pizjuan.
Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan kerana perlawanan pertama terikat 1-1.
Pasukan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-65 menerusi jaringan Dusan Vlahovic. Sevilla membalas menerusi Suso sehingga memaksa permainan diteruskan ke masa tambahan 30 minit.
Erik Lamela muncul wira Sevilla menerusi jaringannya pada masa tambahan. Los Palanganas menang 2-1 dan layak ke final dengan agregat 3-2.
Celebrations in Seville 🤗#UEL pic.twitter.com/0jI5JjuPK1
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) May 18, 2023
Sementara itu, AS Roma mara ke final Liga Europa selepas pasukan Jose Mourinho layak secara agregat dengan berjaya mengekang Bayer Leverkusen 0-0 pada aksi kedua perlawanan separuh akhir.
AS Roma mengunjungi kubu Bayer Leverkusen di BayArena. Wakil Itali itu mendahului 1-0 hasil kemenangan di tempat sendiri pada pertemuan pertama.
Leverkusen segera menunjukkan hasratnya untuk menjaringkan gol dari awal. Tetapi AS Roma kelihatan solid dan berdisiplin dalam pertahanan, tidak meninggalkan banyak jurang untuk tuan rumah.
Tiada gol tercipta sehingga perlawanan tamat dan memastikan AS Roma memenangi tiket ke final Liga Europa yang akan berlangsung di Puskas Arena, Budapest, 1 Jun ini.
A BUDAPEST! 🇭🇺
DAJE ROMAAAAAAAAAA!#ASRoma #UELFinal pic.twitter.com/gGAWGImAID
— AS Roma (@OfficialASRoma) May 18, 2023