ULSAN Hyundai akan mengambil langkah berhati-hati apabila menerima kunjungan wakil Jepun, Yokohama F. Marinos dalam aksi separuh akhir pertama Zon Timur Liga Juara-Juara AFC 2023-24 di Stadium Ulsan Munsu pada Rabu.
Juara Republik Korea itu yang dalam misi memburu kejuaraan benua ketiga selepas muncul juara pada 2012 dan 2020 akan berhadapan Marinos yang melakukan debut di separuh akhir dan dijangka mampu melakar kejutan.
Skuad kendalian Hong Myung-bo itu berjaya mengenepikan cabaran kelab senegara, Jeonbuk Hyundai Motors di peringkat suku akhir dan kini sedang berada dalam prestasi terbaik meskipun bermula agak perlahan pada awal musim.
📌 A look at 🇰🇷 Ulsan Hyundai's path to the Semi-Finals 🐯#ACL pic.twitter.com/GQ5CjRa7yU
— #ACL (@TheAFCCL) April 14, 2024
Dua kemenangan berturut-turut menyaksikan Ulsan kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga 1 Korea, Pohang Steelers dan Myung-bo menjangkakan anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum kemenangan ini apabila bertemu Marinos di hadapan penyokong sendiri.
Lawan dari Jepun bukanlah asing buat Ulsan di peringkat kalah mati dengan mereka berjaya memenangi lima daripada tujuh pertemuan, namun ini adalah kali pertama bertemu Marinos.
Medan separuh akhir mungkin agak asing buat Marinos namun mereka tetapi yakin mampu memberikan cabaran selepas beraksi cemerlang di peringkat kalah mati setakat ini dengan menewaskan wakil China, Shandong Thaishan.
📌 Here's how 🇯🇵 Yokohama F. Marinos reached the Semi-Finals ⚓#ACL pic.twitter.com/3EkzAP0M76
— #ACL (@TheAFCCL) April 15, 2024
Dikendalikan pelatih asal dan legenda Australia, Harry Kewell, Marinos kini berada dalam prestasi terbaik di Liga J1 dengan hanya ketinggalan empat mata dibelakang pendahulu terkini, Cerezo Osaka selepas lapan perlawanan.
Kewell, yang menggantikan rakan senegara, Kevin Muscat telah menjadi nadi utama buat kempen Marinos di Liga Juara-Juara AFC dan dia menyuarakan dia berpuas hati dengan pencapaian para pemainnya setakat ini dan menjangkakan satu aksi hebat.
Anderson Lopes dan Eber masing-masing dengan lima dan tiga gol akan menjadi sandaran utama Kewell dan Marinos untuk merobek gawang Ulsan sekaligus membawa kelebihan lebih selesa sebelum aksi kedua di Yokohama.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir Zon Barat, wakil Emiriah Arab Bersatu, Al Ain bakal berhadapan satu lagi wakil Arab Saudi, Al Hilal yang muncul naib juara edisi 2022 untuk merebut slot ke final.
Di peringkat suku akhir, Al Ain berjaya menghantar Cristiano Ronaldo dan Al Nassr pulang selepas menang penentuan penalti 3-1 manakala Al Hilal menewaskan kelab segera, Al Ittihad 4-0 selepas dua perlawanan.