PENGGEMPUR sensasi Johor Darul Ta’zim, Bergson Da Silva gembira dipilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan ketika menewaskan kelab Thailand, BG Pathum United pada Selasa malam.

“Sejujurnya, saya berasa sangat gembira dan bangga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Kami merancang segala-galanya sebelum perlawanan dengan jurulatih untuk mencabar segala-galanya.

“Saya tidak fikir untuk menjadi pemain terbaik tetapi berfikir bagaimana untuk memenangi perlawanan, memberikan usaha terbaik kepada pasukan,” katanya.

Deretan demi peluang dimiliki Bergson sepanjang permainan, namun satu gol cukup memadai memanjangkan lagi rekod jaringan peribadinya ke-103 buat Harimau Selatan.