PUSINGAN pertama suku akhir Liga Juara-Juara 2022/2023 menyaksikan Manchester City dan Inter Milan mencapai kemenangan meyakinkan ke atas lawan mereka.
Rodri membuka pendahuluan Man City pada separuh masa pertama. Bernardo Silva dan Erling Haaland menjaringkan gol pada separuh masa kedua, serta memastikan pasukannya menang 3-0.
Kemenangan ini merupakan modal penting untuk Man City melihat ke perlawanan kedua. Anak buah Pep Guardiola sekali lagi bertemu Bayern Munich di Allianz Arena pada 20 April.
Incredible.#UCL pic.twitter.com/OlkegWLYH4
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 11, 2023
Beralih ke perlawanan lain, Benfica bertembung dengan Inter Milan di Estadio da Luz. Pasukan pelawat menang 2-0.
Nicolo Barella menjaringkan gol pertama Inter pada minit ke-51. La Beneamata menggandakan kelebihan lapan minit sebelum masa sebenar tamat menerusi sepakan penalti Romelu Lukaku.
Three clean sheets in a row for Inter 😤#UCL pic.twitter.com/sWEXDxwn8c
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 11, 2023
Kemenangan ini membawa Inter satu kaki ke separuh akhir. Lautaro Martinez dan rakan-rakan akan melayan kunjungan Benfica di Giuseppe Meazza pada perlawanan kedua.
Keputusan Liga Juara-Juara
Manchester City 3-0 Bayern Munich
Benfica 0-2 InterMilan