SKUAD Kuala Lumpur Rovers memintas kedudukan Harini FT di puncak apabila berjaya menewaskan Perlis United 2-0 dalam aksi Liga MBSB Bank Championship 2023 yang berlangsung di Stadium UPM, Serdang pada Ahad.
Permainan yang pada awalnya bermula sedikit perlahan dikejutkan dengan jaringan daripada Rafiee Yaacob setelah mendapatkan gol pertama buat KL Rovers pada minit ke-38.
Seminit berselang, rembatan jarak jauh daripada Fahmi Sabri telah menghasilkan jaringan yang kedua buat pasukannya sekali gus meletakkan KL Rovers selesa dihadapan.
Ketinggalan dua gol, Perlis United tidak putus ada dan melakukan serangan balas untuk mencari peluang namun tiada jaringan yang mampu dilakukan.
Perlawanan yang bersambung di separuh masa kedua menyaksikan Perlis United melakukan cubaan demi cubaan gol dan menjadikan penjaga gol KL Rovers sedikit terancam di posisinya.
Namun begitu, benteng pertahanan skuad KL Rovers pula dilihat kukuh menafikan setiap terjahan pihak lawan dan keputusan kekal 2-0 sehinggalah berakhir 90 minit perlawanan.