AKSI mendebarkan Liga Negara-Negara Eropah menemukan dua bekas juara dunia antara Itali dan Jerman berkesudahan seri 1-1 dalam aksi yang berlangsung di Renato Dall Ara pada Ahad.
Babak pertama menyaksikan skuad ‘Die Manschafts’ menguasai hampir keseluruhan permainan dengan asakan bertali arus namun buntu menemui jaringan.
Itali terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Lorenzo Pellegrini pada minit ke-70 sekaligus meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan.
Bagaimanapun, Jerman enggan mengalah dan hasilnya, Joshua Kimmich menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke-73 untuk mengikat The Azzuri 1-1.
Kedudukan tersebut meletakkan Azzuri berkongsi satu mata di tempat kedua dan ketiga kumpulan C manakala Hungary menghuni takhta liga selepas kemenangan bertemu England.