KELANTAN United FC (KUFC) berjaya meraih satu mata apabila seri tanpa jaringan bertemu Kelantan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Perlawanan di babak pertama berlangsung agak hambar walaupun kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing.
Bersambung babak kedua, skuad Kijang Hijau kembali dengan rentak permainan tersusun dan mula mengasak ke kubu tuan rumah namun ketumpulan barisan serangan yang diterajui Njoku Jacob gagal menambah jaringan.
Perlawanan terus kekal tanpa ada sebarang jaringan gol sehinggalah tiupan wisel penamat.
KUFC kini mengutip 15 mata selepas sembilan perlawanan manakala Kelantan FC kekal di puncak dengan memperoleh 22 mata.
Sementara itu, jaringan Gabriel Nistelrooy pada lewat perlawanan memastikan kemenangan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) bangkit saat akhir untuk mencatat tiga mata penuh mengatasi Selangor FC II (SFC II) di Pasir Gudang.
Nik Sharif Haseefy membuka tirai jaringan m-29 namun dibalas tuan rumah oleh sepasang gol Fernando Rodriguez (Penalti m-53, 60′). SFC II segera menyamakan kedudukan menerusi Khairi Suffian Khaineyusri m-76′.
Satu lagi pertemuan di Stadium Negeri menyaksikan Kuching City menumpaskan pasukan tercorot, Perak FC 2-1.