MISI ke Asia kembali menyala-nyala buat skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila melayani kunjungan Kedah Darul Aman di Paroi, malam esok.

Insiden ngeri dibelasah juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim 5-0 baru-baru ini pastinya ingin segera dilupakan kerana bagi Jang perlawanan yang berlalu telah menjadi sejarah.

Menanti Kedah yang juga kalah kepada pasukan sama di Alor Setar, boleh diibaratkan Kenari yang terluka dan dijangka melakukan comeback kemenangan.

Oleh itu, anak buah K Devan harus berhati-hati bagi mengelak berputih mata di Paroi.

Kehadiran semula Herold Goulon, Khuzaimi Piee, Gustavo Almeida dan Yashir Pinto yang tidak beraksi di Iskandar Puteri bakal menambah sengat skuad Hobin Jang Hobin.

Malahan, Devan dalam kenyataan sebelum ini menyatakan pemain berikut akan diturunkan perlawanan penting berdepan Melaka United, Sri Pahang serta Kedah.

Berlainan pula situasi pasukan lawan yang mengelak tewas secara hatrik. Bermula kecundang 0-1 di tangan PJ City dan tumbang 1-3 kepada JDT menyebabkan Kedah melepaskan mencabar slot kelompok ketiga terbaik liga.

Tiada ada yang boleh dilakukan pemain Aidil Sharin Sahak kecuali memastikan baki tiga aksi berakhir dengan kemenangan supaya motivasi positif dapat di bawa ke kempen pusingan 16 kalah mati TM Piala Malaysia.

Rekod di pusingan pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan sama liat apabila seri tanpa jaringan. Cumanya, Kedah tampak lebih padu dalam lapan perlawanan head to head terakhir musim ini.

Kelab utara itu menang enam kali dan seri (2). Bagaimana kesudahan saingan kali ini ?