BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengukir sejarah luar biasa bersama kelab itu sepanjang kariernya di Liga Perdana Inggeris. Ferguson membawa Manchester United meraih pelbagai siri kerjayaan dan meninggalkan banyak jasa di sana.

Lelaki asal Scotland itu hadir ke United pada tahun 1986 ketika kelab dalam keadaan kacau-bilau. Gergasi Inggeris itu tidak pernah memenangi gelaran liga selama 19 tahun dan nampak seolah-olah tidak akan mencapai kejayaan lagi.

Namun, selepas kedatangannya, Ferguson kemudian membangun dinasti di kelab. Dia meraih 38 trofi bersama kelab termasuk 13 gelaran liga dan dua pingat Liga Juara-Juara.

Selain itu, Ferguson sering mempromosikan pemain dari akademi dan juga bijak di bursa perpindahan. Dia melakukan beberapa perpindahan pemain terhebat dunia yang kemudian menggegar bersama pasukan.

Bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna, begitu jugalah Ferguson. Dia juga gagal memborong pemain-pemain legenda ke Old Trafford. Jom kita menyusuri kembali info yang dipetik dari sumber Planet Football.

Zinedine Zidane

 

Perpindahan Zidane gagal direalisasikan dan tidaklah terlalu dikesali kerana Ferguson juga berjaya membawa masuk Eric Cantona.

“Alex memberitahu bahawa Eric juga menyebut Zidane kepadanya, tetapi Alex berasa Zidane bermain di posisi yang sama dengan Eric,” kata bekas pengerusi United, Martin Edwards, dalam bukunya.

“Setelah pergi ke Perancis untuk memujuk Eric supaya menandatangani kontrak kembali dengan kami, setelah insiden Crystal Palace, dia berasa bahawa, jika dia membawa Zidane, itu mungkin mempengaruhi posisi Eric, jadi dia kekal dengan Eric.”

Tapi, Cantona bersara hanya satu musim setelah Zidane meninggalkan Bordeaux ke Juventus.

Frank Lampard
Bryan Robson, Roy Keane dan Paul Scholes menjadi bintang bahagian tengah United dan memiliki naluri menjaringkan gol.

Ferguson juga melihat itu dalam diri Lampard sebelum dia berpindah ke Chelsea pada 2001. Ferguson mengakui dia mungkin telah melakukan kesilapan dengan tidak menunjukkan minat awalnya.

“Lampard luar biasa. Saya tidak terfikir pemain tengah akan mampu melakukan angka itu lagi. Ini cukup ajaib,” katanya. Pada musim yang sama, United mendapatkan Juan Sebastian Veron.

Didier Drogba

Pogba menjadi milik Chelsea sebelum dipanggil Ferguson.

Didier Drogba juga menarik perhatian Ferguson.

“Kami pergi untuk memantaunya di Marseille tetapi kelab mahu 25 juta poundsterling dan Chelsea pantas buat kerja sebelum kami mengambil keputusan,” kata Ferguson.

Sebulan kemudian, Ferguson membelanjakan 27 juta poundsterling untuk Wayne Rooney, dan hasil cukup mengagumkan.

Sergio Aguero
Faktor wang membuat The Red Devils gagal mendatangkan Sergio Aguero.

“Ejennya menuntut harga yang kami tidak boleh untuk membayarnya,” kata Ferguson.

Kurang dari setahun setelah Aguero bergabung dengan Manchester City dengan nilai jumlah 31.5 juta poundsterling, penyerang itu meledak gol terakhir yang menggagalkan Ferguson dan United meraih gelar pada 2012.

Raul González

 

Raul berusia 33 tahun ketika United memiliki peluang untuk menawarkan kontrak setelah dia meninggalkan Real Madrid, tetapi Ferguson memilih untuk tidak melakukannya kerana dia memiliki Michael Owen. Dia mungkin kesal keputusannya.

“Membawa masuk Raul akan sama seperti ketika kami berjaya mendapatkan Henrik Larsson untuk waktu yang singkat,” kata Ferguson pada tahun 2011.

“Kami bersembang dengan ejennya tentang kemungkinan perpindahan tetapi kami sudah memiliki Javier Hernandez dan Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Michael Owen.Jika kami tidak memiliki Michael pada saat itu, saya mungkin akan merekrutnya.”

Owen mencetak dua gol hanya dalam satu kali sebagai pemain utama dan 10 penampilan sebagai pemain pengganti di Liga Perdana Inggeris musim itu. Raul menggegar jaring 13 gol dalam 34 pertandingan untuk Schalke di Bundesliga.