LIMA pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Dion Cools dari kelab Buriram United turun menjalani sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

Pemain itu adalah Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin, dan Endrick dos Santos

Menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kehadiran mereka merupakan sebahagian persiapan menjelang perlawanan penting Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Bagaimanapun, seorang lagi pemain JDT iaitu penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana mengalami kecederaan seperti yang dimaklum dan disahkan oleh doktor kelab berkenaan.

“Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak memanggil pemain pengganti, sebaliknya kekal dengan tiga penjaga gol sedia ada iaitu Azri Ab Ghani, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

May be an image of ‎2 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎fam.org.my my f @FAMalaysiaOfficial T Grab ECYAJRES O @FAMalaysia 1CDI PLUS @FAM_Malaysia @FAM malaysia ل @FAMalaysia_ ロ/回 ikhsan и WONDA SeReN‎"‎‎

Pan-gon memberikan arahan kepada pemain semasa sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

“Kem latihan pusat Harimau Malaya kini disertai 24 pemain dengan pemain Selangor FC, Nooa Laine akan menyertai pasukan pada Isnin, 3 Jun 2024 bagi melengkapkan 25 pemain yang akan terbang ke Bishkek, Republik Kyrgyz pada Selasa,” kata kenyataan itu.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan dengan Republik Kyrgyz di Bishkek pada 6 Jun, dan seterusnya menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun 2024.

Kedua-dua perlawanan ini adalah penting untuk menentukan hala tuju pasukan dalam Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.