PERENANG negara tiada masalah melepasi peringkat saringan acara renang masing-masing pada Sukan SEA Kemboja yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Morodok Techo, dekat sini, pada Ahad.

Bagi pasukan lelaki, yang layak ke final adalah Bryan Leong Xin Ren mencatat masa 23.210s dalam acara 50m gaya bebas. Kuak dada 100m menyaksikan Andrew Goh dan Hii Puong Wei masing-masing mara ke peringkat akhir dengan masa 1:02.77s dan 1:03.70s.

Kecemerlangan di kolam renang diteruskan kem wanita apabila Kelly Teo yang beraksi untuk acara 200m gaya bebas merakam masa 2:07.98s manakala Chong Xin Lin 50m turut bergaya menerusi kuak lentang.

Dalam pada itu, acara individu medley disertai Tan Rouxin 2;22.77s tidak ketinggalan menempa slot buruan pingat petang ini.

Malang untuk Arvin Shaun Singh Chahal apabila terkandas untuk dua acara iaitu, 50m kuak lentang dan 50m gaya bebas.

Turut gagal ke final, Loo Yie Bing yang bertanding 200m gaya bebas wanita.

Semalam, satu pingat gangsa disumbang oleh atlet renang kebangsaam, Phee Jinq En.