ARGENTINA akan menentang Curacao dalam aksi persahabatan di Estadio Unico Madre de Ciudades pada Selasa. Perlawanan ini merupakan peluang yang baik Lionel Messi menjaringkan gol ke-100 untuk Albiceleste.
Messi menjaringkan gol ke-99 bersama Argentina semasa menentang Panama. Messi memecah masuk bola ke gawang Panama melalui sepakan percuma.
Sepakan percuma Messi memastikan bola menuju ke penjuru kiri gawang Panama. Messi juga selangkah lagi untuk memasuki ‘club 100′ yang sangat istimewa dalam dunia bola sepak.
Dalam sejarah bola sepak, setakat ini hanya dua nama yang menjaringkan 100 atau lebih gol untuk pasukan kebangsaan. Nama pertama adalah Ali Daei yang menjaringkan 109 gol untuk Iran manakala pemain kedua, Cristiano Ronaldo yang kini melepasi rekod Ali Daei dan muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan kebangsaan dengan pungutan 120 gol.
LIONEL MESSI SCORES HIS 800TH CAREER GOAL FOR CLUB AND COUNTRY 🐐 pic.twitter.com/1WondaLLNi
— SPORTbible (@sportbible) March 24, 2023
Merujuk kepada material kedua-dua pasukan, Argentina jelas mengungguli segala-galanya berbanding Curacao. Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni juga berkemungkinan mendorong Messi mencapai gol ke-100 dalam perlawanan itu.
Melihat keputusan Scaloni dalam perlawanan menentang Panama, Messi menjadi salah seorang daripada empat pemain yang tidak diganti sepanjang perlawanan.
Scaloni kini memberi peluang kepada pemain Argentina untuk menunjukkan kebolehan mereka, tetapi Messi sentiasa mendapat tempat istimewa dalam skema Scaloni.