LIONEL Messi memenangi Ballon d’Or 2023 selepas menewaskan dua pesaingnya, Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
Pada gala gemilang yang berlangsung di Theater du Chatelet, Paris, awal pagi Selasa tadi, Messi secara rasmi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.
Messi memainkan peranan besar dalam membantu pasukan kebangsaan Argentina memenangi Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar. Skuad Messi muncul sebagai juara selepas menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir.
Hasil kejayana itu, La Pulga berjaya memenangi Ballon d’Or 2023. Dia berjaya menewaskan Haaland yang memenangi treble termasuk Liga Juara-Juara 2022/2023 bersama Manchester City.
💬 The speech of the 2023 Ballon d'Or winner, Lionel Messi #ballondor pic.twitter.com/HRaNdRwclG
— Ballon d'Or #ballondor (@ballondor) October 30, 2023
Tahun lalu, Ballon d’Or 2022 dimenangi oleh Karim Benzema ketika masih bermain untuk Real Madrid. Penyerang Perancis itu berjaya menewaskan Sadio Mane dan Kevin De Bruyne.
Pada 2023, anugerah berprestij ini akan menjadi milik Messi. Ini adalah Ballon d’Or kelapan Messi dalam kerjaya profesionalnya.
Sebelum ini, Messi memenangi Ballon d’Or pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021. Justeru, Messi semakin sukar dikejar dalam usaha memburu anugerah individu berprestij ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Ballon d’Or 2023: Milik Messi atau Haaland ?
Belum ada seorang pemain pun yang mampu menandingi pencapaian megastar itu sehingga kini.
Cristiano Ronaldo adalah pengumpul Ballon d’Or terbesar selepas Messi. Setakat ini, Ronaldo telah memenangi lima gelaran.
Kali ini, Ronaldo tidak dicalonkan kerana gagal beraksi cemerlang bersama Portugal pada Piala Dunia 2022. Selain itu, CR7 juga meninggalkan kilauan bola sepak Eropah untuk mengharungi cabaran baharu bersama Al Nassr dalam Liga Pro Saudi.