PENJAGA gol Croatia, Dominik Livakovic menjulang negaranya apabila berjaya menggagalkan tiga sepakan penalti pasukan Jepun sekaligus membawa finalis 2018 ke peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 .
Aksi babak pertama bermula rancak dengan Croatia dilihat lebih mengawal permainan namun serangan pasukan negara matahari terbit itu nyata lebih berbahaya apabila berjaya mengejutkan finalis edisi 2018 dengan jaringan pertama menerusi hantaran lintang R. Doan yang disambar pantas D. Maeda pada minit ke-43 meletakkan Jepun bersorak gembira mendahului Croatia 1-0 menuju bilik persalinan.
Sekembalinya dari bilik persalinan, pasukan Croatia kembali memperkemas serangan mereka dan hasilnya mereka berjaya mengikat kedudukan dengan jaringan 1-1 menerusi tandukan kemas Ivan Perisic pada minit ke-55.
Minit ke-76, Ivan Perisic memiliki satu peluang baik menerusi satu rembatan padu Ivan Perisic namun hanya sedikit tersasar melewati pintu gol bahagian kiri Jepun.
🇯🇵 Daizen Maeda 🇯🇵#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/EZFfKKUbU7
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
Sepuluh minit menuju penamat babak kedua, telatah penonton Qatar yang turut memberi sokongan kepada Jepun turut dirakam di lensa kamera siaran langsung di televisyen.
Kedudukan 1-1 tersebut kekal sehingga wisel penamat babak kedua menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan kerana tiada tambahan jaringan dapat memisahkan mereka dalam masa sebenar permainan.
Ini juga merupakan kali pertama perlawanan diheret ke masa tambahan sepanjang Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung.
🇭🇷 Back on level terms!#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/TvFLfK7h6S
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
Kapten pasukan Croatia, Luka Modric dikeluarkan pada minit ke-98 dan armbandnya diserahkan kepada Kovacic untuk menggalas tugas tersebut.
Rembatan padu Mitoma hampir -hampir memecah kebuntuan buat Jepun apabila memiliki peluang terbaik kembali mendahului namun rembatan dari luar kotak penalti itu berjaya ditepis penjaga gol Croatia, D . Livakovic.
Masa tambahan juga gagal memisahkan kedua-dua pasukan apabila masih terikat 1-1.
Penentuan sepakan penalti dimenangi Croatia 3-1 sekaligus mara ke peringkat suku akhir menanti pemenang Brazil dan Korea Selatan.