LIVERPOOL muncul juara Piala FA selepas menundukkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 di Wembley selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar.
Kedua-dua pasukan menunjukkan level permainan seimbang, dan sedikit berhati-hati. Liverpool sempat menekan di awal permaiman serta Chelsea perlahan-lahan bangkit menyusun rentak.
Sayangnya, tidak ada jaringan sepanjang 90 minit. Masa tambahan 30 minit juga tidak cukup untuk mengubah kedudukan dan penentuan kejuaraan terpaksa dibuat dengan sepakan penalti.
Babak penalti berlangsung sengit seperti dijangka. 14 pemain mengambil sepakan, tiga darinya gagal, dan Kostas Tsimikas menjadi penentu kemenangan The Reds sebagai penendang ketujuh.
Keputusan tersebut menobatkan Liverpool menjadi juara Piala FA 2021/22. Trofi kedua untuk pasukan Jurgen Klopp musim ini !