SUMBANGAN dua gol daripada tiga rangkaian penyerang, membolehkan Liverpool mempamerkan prestasi terbaik mereka di Anfield musim ini, ketika membelasah Manchester United 7-0.

Kemenangan besar itu sekali gus menghiduokan harapan skuad bimbingan Jurgen Klopp untuk menamatkan musim ini dalm kelompok empat teratas

Keputusan yang terhasil itu adalah kemenangan terbesar Liverpool ke atas United, yang terpaksa menerima kekalahan paling teruk dalam sejarah.

Sehingga minit ke-40, permainan terbuka dan seimbang sehinggalah Liverpool memecah kebuntuan menerusi jaringan Cody Gakpo, yang menyudahkan hantaran lintang Andrew Robertson, menewaskan David De Gea menerusi satu rembatan deras.

Cody Gakpo, Darwin Nunez, Mohamed Salah ledak dua gol manakala Roberto Firmino tutup pesta gol Liverpool pada aksi di Anfield.

United yang berharap untuk bangkit pada babak kedua, sebaliknya dilukai lagi, kali ini menerusi jaringan Darwin Nunez yang menyudahkan hantaran lintang Harvey Elliott.

Kedudukan berubah lagi apabila Gakpo meledak lagi pada minit ke-50, sebelum Mohamed Salah menjadikan keduudkan 4-0 pada minit ke-66 menerusi satu seranganbalas pantas.

ARTIKEL BERKAITAN : 7 fakta kemenangan 7-0 Liverpool ke atas Manchester United

Nunez menanduk masuk gol keduanya pada perlawanan itu dan jaringan kelima buat Liverpool, diikuti Salah yang menjaringkan gol keenam pada minit ke-83, menjadikan kedudukan 6-0.

Jaringan Roberto Firmino melengkapkan kemenangan The Reds, sejurus dimasukkan pada lewat permainan.

Kemenangan 7-0 itu membolehkan Liverpool naik ke tangga kelima dengan 42 mata, hanya tiga mata di belakang Tottenham Hotspurdengan kelebihan satu perlawnan dalam tangan.

Manchester United kekal di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 49 mata, ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal. -Agensi