LIVERPOOL bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Keyrol Figueroa yang berjaya mencetak 90 gol dalam satu musim.

Dilaporkan oleh Daily Mail, pencapaian mengagumkan itu dibuat olehnya semasa bermain untuk Liverpool bawah (B-14).

Menurut laporan media Honduras, Diaro Diez, pihak The Reds ingin mengekalkan Keyrol dengan menawarkan kontrak jangka panjang untuk mengelakkan pemain berusia 17 tahun itu direbut oleh pasukan lain.

Figueroa menyertai akademi Liverpool sebagai ahli pasukan B-14. Beliau membuat penampilan sulung bersama Liverpool B-18 pada musim 2021/2022 walaupun pada masa yang sama masih bermain untuk pasukan B-16. Keyrol mempunyai kelajuan yang tinggi sebagai seorang penyerang. Pemain kelahiran Tegucigalpa, Honduras itu juga mahir dalam mencipta gol-gol yang spektakuler.

Keyrol Figueroa in action- Getty

Keyrol (kiri) pamer aksi menakjubkan dalam satu perlawanan untuk Liverpool.

Di peringkat kebangsaan, Keyrol mewakili pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dalam kategori umur. Dia bermain dalam tujuh perlawanan di Kejuaraan B-17 Concacaf dan turut serta bersama pasukan Amerika Syarikat dalam Piala Dunia B-17 2023 yang berlangsung di Indonesia.

Jika perkembangan kerjaya Keyrol terus berkembang di Liverpool, anak kepada bekas pemain Wigan Athletic, Maynor Figueroa itu berpotensi untuk mengikuti jejak para pemain muda yang kini bermain untuk pasukan utama Liverpool.

Antara contohnya adalah Conor Bradley, Jarell Quansah, Bobby Clark, James McConell, Lewis Koumas, dan Trey Nyoni. Dua nama pertama bahkan sudah menjadi sebahagian daripada pasukan Liverpool yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp pada musim ini.