DARWIN Nunez dijangka terlepas untuk pertembungan Liverpool menentang Brighton tengah malam esok ekoran kecederaan dialaminya.
Isu kecederaan pemain Uruguay itu masih tidak diketahui apabila dia tidak nadir menjalani latihan bersama pasukan yang pastinya akan menguji kemampuan taktikal pengendali The Reds, Jurgen Klopp.
Nunez menyertai Luis Diaz, Diogo Jota dan Roberto Firmino yang dibelenggu kecederaan namun kehadiran Cody Gakpo yang bakal memulakan perlawanan liga buat kali pertama sejak pertukaran Januari dari PSV sedikit melegakan pasukan.
Nunez menjaringkan gol kesepuluhnya dalam semua pertandingan pada hujung minggu menentang Wolves dalam Piala FA ketika dia terus mencari rentak selepas perpindahan musim panasnya.
Kecederaannya juga mungkin bermakna salah seorang daripada Alex Oxlade-Chamberlain, Harvey Elliott atau Fabio Carvalho berada dalam barisan serangan yang juga termasuk Mohamed Salah.
Brighton memperoleh satu mata dalam keputusan seri 3-3 yang sangat menghiburkan di Anfield pada kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu.