LIVERPOOL meraih kemenangan sensasi 2-0 ke atas Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/2025 di Anfield, sebentar tadi.

Liverpool berjaya mendahului pada minit ke-20 menerusi Darwin Nunez selepas menerima hantaran Mohamed Salah.

Dalam situasi serangan balas, Salah berjaya mengatasi pertahanan Aston Villa. Salah kemudiannya dijatuhkan oleh pemain Aston Villa ketika menggelecek bola, tetapi pengadil tetap meneruskan permainan.

Liverpool mengambil masa yang lama untuk meningkatkan kelebihan mereka. The Reds hanya mampu membolosi gawang Aston Villa sekali lagi pada minit ke-84 menerusi larian solo Salah dari tengah padang.

Sehingga perlawanan tamat tiada gol tambahan dijaringkan. Kemenangan ini menjadikan Liverpool lebih kukuh di tangga teratas EPL dengan mengumpul 28 mata daripada 11 perlawanan.

Pasukan kendalian Arne Slot kini lima mata di hadapan Manchester City di tempat kedua.