LIVERPOOL memberi amaran awal untuk kempen Liga Perdana Inggeris musim 2022/2023 selepas memenangi trofi Community Shield menewaskan Manchester City di Stadium King Power, awal pagi Ahad.
Pada perlawanan itu, Liverpool mencatat kemenangan sensasi 3-1.
The Reds membuka akaun jaringan minit ke-21 menerusi Trent Alexander-Arnold namun Manchester City membalas dengan pemain baru dan pemain gantian, Julian Alvarez m-70.
Liverpool kembali memimpin saingan penalti Mohamed Salah m-83, kemudian mengesahkan kemenangan melalui gol Darwin Nunez m-90+4.
Liverpool (4-3-3): Adrian; Trent Alexander-Arnold (James Milner 74), Joel Matip, Virgil van Dijk, Andy Robertson; Jordan Henderson (Harvey Elliott 73), Fabinho, Thiago (Naby Keita 85); Mohamed Salah (C Jones 95), Roberto Firmino (Darwin Nunez 59 – kuning 95), Luis Diaz (Fabio Carvalho 90).
Jurulatih : Jurgen Klopp
Manchester City (4-3-3): Ederson; Kyle Walker, Ruben Dias, Nathan Ake, Joao Cancelo; Kevin De Bruyne (Ilkay Gundogan 73), Rodri, Bernardo Silva; Riyad Mahrez (Julian Alvarez 58), Erling Haaland, Jack Grealish (Phil Foden 58).
Jurulatih: Josep Guardiola