PETRONAS diumumkan  sebagai penaja Perdana Le Tour de Langkawi (LTdL)  untuk 3 musim bermula pada tahun ini.

Menjelang sembilan hari lagi bagi perlumbaan terbesar di Asia Tenggara edisi ke-27 ini, saingan akan bermula di Kerteh, Terengganu pada 23 September.

Bagaiamanapun Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mengumumkan jumlah tajaan daripada Petronas ini.

Hannah meluahkan rasa lega apabila nilai tajaan sudah berada pada tahap yang baik , merangkumi pelbagai bentuk penajaan termasuk logisitik bagi memastikan kelancaran perlumbaan ini.

“Saya juga masih berharap supaya jumlah tajaan akan berubah setiap tahun berdasarkan pulangan kepada pihak penaja dan saya percaya bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) mampu lakukan yang terbaik.

“Untuk LTdL tahun ini, pihak kami juga bercadang untuk mempunyai penonton dari kalangan para pelajar termasuk sokongan daripada Kelab Rakan Muda untuk menyuntik minat berbasikal dalam golongan remaja”, katanya dalam sidang media, Khamis.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas iaitu Datin Anita Azrina Abdul Aziz menjelaskan bahawa objektif Petronas adalah untuk melahirkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat tentang pentingnya sukan berbasikal seperti LTdL dimana ia bukan untuk menjana ekonomi negara sahaja.

Baginya, penajaan selama 3 tahun itu akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur malah Petronas juga akan cuba untuk meneliti lokasi-lokasi yang lebih strategik dan bernilai untuk mengadakan saingan LTdL ini.

Selain itu, jersi jelajah yang sudah 26 tahun Jersi Juning (Keseluruhan) akan ditukar buat pertama kalinya kepada warna hijau Petronas bagi memberi penghormatan kepada pihak penaja sejurus membawa perubahan baharu dalam LTdL.