BIARPUN cuba melupakan situasi kehilangan seorang rakan sepasukan, ternyata ia tidak mudah buat Tsen Ren Bao dan rakan-rakan.

Sambil mengakui kesan kehilangan rakan sepasukan bukan faktor yang mengganggu prestasi perlumbaan Peringkat 3, sejauh 170.3 kilometer (km) dari Taiping ke Cameron Highlands, tetapi perasaan sedih itu tetap dirasakan.

“Seluruh pasukan berasa sedih, apa lagi kami tidak menerima perkhabaran darinya lagi, saya tidak tahu bagaimana kondisinya ketika ini.

“Saya cuba untuk tidak memikirkan mengenai kehilangan rakan sepasukan, iaitu kehilanganElmi tetapi apabila kami daripada enam berkurang menjadi lima pelumba, situasi ini agak genting,” kata Ren Bao.

Tsen Ren Bao muncul pelumba terbaik pasukan Malaysia, pada Peringkat 3, Le Tour de Langkawi 2024.

Pelumba berusia 21 tahun itu, muncul pelumba terbaik skuad kebangsaan, Pasukan Malaysia di Peringkat 3 apabila menamatkan saingan di Brinchang pada kedudukan ke-57.

“Fokus terarah kepada saya dalam skuad kebangsaan, tetapi ketika menuruni bukit di Tanah Rata, saya mula kehilangan keyakinan selepas ketinggalan agak jauh daripada kelompok pendahulu.

“Ketika berada di 12km terakhir pendakian, kaki saya tidak mampu lagi dan beberapa pelumba negara mula menangkap saya sehingglah ke penamat.”