PARIS Saint Germain (PSG) telah melantik Luis Enrique sebagai pengurus baharu bagi kelab itu dengan menandatangani kontrak selama dua tahun.
Perkara itu telah disahkan sendiri melalui ciapan di laman Twitter rasmi kelab itu selepas menamatkan kontrak Christophe Galtier yang berbaki lagi satu tahun di atas persetujuan bersama.
🆕✍️
Paris Saint-Germain is delighted to announce that Luis Enrique has been named as its first team's new head coach, with the Spanish manager signing a two-year contract. 🔴🔵#WelcomeToParisLuisEnrique https://t.co/gyHvQx9ojO
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2023
“Paris Saint-Germain dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Luis Enrique telah dinobatkan sebagai ketua jurulatih pasukan pertamanya, dengan menandatangani kontrak dua tahun,” ciapan di Twiiter oleh PSG.
Luis yang juga bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol juga bertekad akan melakukan yang terbaik untuk pemain di bawah kendaliannya sekali gus menyesuaikan diri dengan pemainnya sendiri.
“Saya komited untuk menyatukan pasukan yang menang dan saya tidak ragu bahawa saya akan dapat melakukan itu serta memberi peminat PSG sesuatu yang mereka sukai,” kata Enrique dalam satu kenyataan.
Lantikan baharu Enrique menjadi perhatian khususnya dari penyokong PSG sendiri apabila dia mengambil alih mengendalikan skuad itu ketika nama-nama besar seperti Lionel Messi, dan Sergio Ramos telah berpindah ke kelab lain. Terkini, Kylian Mbappe juga dikatakan bakal melakukan hal yang sama.
Terdahulu, Enrique pernah melakar rekod dalam kariernya dimana pernah membawa Barcelona ke treble pada musim 2014-15 selain membimbing Sepanyol ke separuh akhir Kejuaraan Eropah 2020 namun mengambil keputusan meninggalkan pasukan kebangsaannya apabila tersingkir dari Piala Dunia 2022.