PENYERANG muda berbakat besar, Luqman Hakim Shamsudin menyerlahkan kemampuan sebenarnya bersama kelab baharunya, Njardvik FC apabila menggegar gawang dengan dua jaringan menarik menentang Haukar FC.

Anak jati kelahiran Kelantan itu membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cemerlang dalam perlawanan bersama pasukan barunya.

Gol pertama terhasil apabila Luqman berjaya menyudahkan hantaran pendek rakan sepasukan manakala gol kedua diperoleh hasil kesilapan penjaga gol Haukar FC sekaligus meletakkan kelabnya selesa dengan keputusan 2-0.

@njardvikfc

For everyone waiting for news on Luqman’s situation – his VISA/registration is pending confirmation from the Icelandic government. Everyone at Njardvik FC are hoping his debut will be in the next match. 
The same goes for Joao Ananias.
But in the meanwhile for more Luqman content here are his two goals from an unofficial friendly against Haukar the last week.
More to come ⚡️🔥

♬ Legends Are Made – Sam Tinnesz

Pemain yang diberi jolokan Luqie ini sedang menunggu visa dan juga permit kerja daripada kerajaan tempatan bagi membolehkan dia turun dalam saingan Liga Iceland.

Kelab tersebut memaklumkan bahawa mereka sedang bekerja keras dalam menyiapkan segala dokumen berkaitan demi merealisasikan penampilan pertama Luqman bersama pasukan.

Untuk makluman, Luqman menyertai Njardvik secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk selama satu musim dan dia berazam untuk meraih sebanyak mungkin minit permainan bersama kelab baharunya itu.