KELAB bola sepak Njarðvík telah mencapai persetujuan dengan kelab Liga Perdana Belgium, KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim Shamsudin secara pinjaman sehingga 2023.

Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai jumlah dua kaps untuk Malaysia, serta kaps junior yang tidak terkira banyaknya.

Luqman yang berusia 20 tahun pernah berada dalam senarai The Guardian daripada 60 pemain muda paling menonjol di dunia pada 2019.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman sesawang kelab, Luqman dibeli KV Kortrijk dari negara asalnya pada 2020 dan sejak itu telah membuat dua penampilan untuk kelab itu dalam Liga Perdana Belgium termasuk dalam satu perlawanan musim ini.

Selain itu, dia pernah bermain untuk pasukan B-21 dan pasukan simpanan kelab.

Luqman sudah pun tiba Njarðvík dan peminat tempatan pastinya seronok mengikuti pemain menarik berjersi hijau ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Pengumuman kelab baharu Luqman Hakim ditangguh lagi