JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia kekal dalam program Road to Gold (RTG) meskipun tidak berada dalam kelompok Top 10 ranking dunia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga pengerusi bersama RTG berkata, keputusan mengekalkan perseorangan profesional negara itu dibuat berdasarkan kemajuan yang dipamerkan sehingga Oktober lalu.

“Mengikut ranking, Zii Jia ada peningkatan cuma status terkininya dalam RTG belum dipastikan kerana dia belum menandatangani kontrak persetujuan komitmen.

“Prestasinya dari Jun hingga sekarang naik tiga tangga ranking dunia dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan,” kata Hannah.

Lee Zii Jia, satu-satunya atlet yang berada dalam senarai Road to Gold belum menandatangani pembaharuan persetujuan komitmen, dan diberi masa sehingga 14 November untuk berbuat demikian.

Berdasarkan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikemaskini 31 hari ini, Zii Jia kini menghuni tangga ke-11 dunia, manakala perlumbaan mata kelayakan Olimpik Paris pula, di kedudukan kesembilan.

Ini berikutan kejayaannya muncul juara di Terbuka Arctic, di Finland dan muncul naib juara di Terbuka Denmark.

Koordinator Raod to Gold (RTG), Datuk Stuart Ramalingam yakin akan ada masa sesuai untuk bertemu Lee Zii Jia bagi mendapatkan tandatangan pembaharuan persetujuan komitment RTG.

Sementara itu, Koordinator jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam ketiga menjelaskan kedudukan terkini Zii Jia dalam RTG berkata, pemain terbabit satu-satunya atlet yang belum menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu.

Senarai terkini 15 atlet di bawah program Road to Gold (RTG), namun kedudukan Lee Zii Jia belum pasti sehingga dia menandatangani persetujuan komitmen untuk terus berada dalam program tersebut.

“Semua atlet lain sudah menandatanganinya, tapi kita faham kerana dia sibuk mengikuti pertandingan di luar negara dan baru balik ke tanah air.

“Belum ada kesempatan berjumpanya secara peribadi. Saya akan cuba sedaya upaya kerana persetujuan komitmen ini penting.

“Jawatankuasa memberi masa sehingga 14 November untuk dia menandatangani persetujuan komitmen ini,” kata Stuart.