ALEXIS Mac Allister semakin hampir untuk menjadi pemain baharu Liverpool. Kehadiran Mac Allister adalah salah satu simbol hasrat The Reds untuk menjana semula kekuatan kelab.
Mac Allister dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk berpindah ke Liverpool. Bintang Argentina itu terikat dengan tempoh kontrak selama lima tahun.
Sejak bersinar bersama Brighton&Hove Albion ditambah menjadi wakak penting dalam kejayaan Argentina memenangi Piala Dunia 2022, nama Mac Allister sememangnya menjadi sasaran kelab besar Eropah. Dipetik daripada Mirror, Mac Allister turut mendapat perhatian daripada Manchester United dan Paris Saint-Germain.
🚨 𝗡𝗘𝗪: Alexis Mac Allister is due to fly back to his home country Argentina at the weekend to report for international duty, and after agreeing personal terms on a five-year contract in principle with Liverpool, is expected to undergo a medical within the next 48 hours. #lfc… pic.twitter.com/7d4cc0gO77
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 5, 2023
Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan oleh Liverpool itulah yang akhirnya berjaya menarik minat Mac Allister. Pemain berusia 24 tahun itu tertarik dengan idea Klopp yang mahu menjana semula bahagian tengah dan menjadikan Mac Allister sebagai penggerak utama.
Semasa tempoh kehebatan Liverpool, bahagian tengah The Reds memang menawarkan tenaga tanpa had yang berjaya mengimbangi gelombang serangan sambil mengekalkan tekanan berjalan dengan baik. Namun pada musim 2022/2023, bahagian tengah Liverpool agak bermasalah kerana faktor kecederaan dan juga penurunan prestasi beberapa pemain.
Liverpool found a player to compete with Arnold in executing a free kick "Alexis Mac Allister" 🎯#LFC
pic.twitter.com/MJnfdoIbWq— 🆉🅸🆉🅾🆄 (@zi_46) June 5, 2023
Di bawah keadaan ini, Klopp akhirnya menetapkan projek pembinaan semula pasukan. Mac Allister turut disertakan dalam projek itu.
Salah satu kelebihan Liverpool dalam merekrut Mac Allister ialah dia sudah biasa dengan suasana Liga Perdana Inggeris. Adalah dipercayai bahawa Mac Allister tidak akan membuang banyak masa untuk menyesuaikan diri.