ASTRO Arena mengumumkan dua pundit terbaharu bagi melakukan liputan Liga Malaysia musim 2024/25.

Bekas pemain kebangsaan Mahali Jasuli dan Zaquan Adha bakal menyertai Astro Arena bagi musim baharu sebagai seorang pundit.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berasa teruja kerana dapat membawa Mahali dan Zaquan ke Astro Arena.

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berasa bangga kerana dapat mengumpul lagi bekas-bekas pemain kebangsaan di bawah satu ‘rumah’ yang sama.

“Saya mewakili Astro sangat berbangga mempunyai dua ahli baharu yang menyertai warga Astro untuk liputan Liga Malaysia musim depan iaitu saudara Zaquan Adha dan Mahali Jasuli,” jelasnya pada sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Liga Malaysia 2024/25 Astro pada Khamis.

Zaquan Adha dan Mahali Jasuli akan menyertai barisan pakar bola sepak Astro Arena yang turut mempunyai Safee Sali dan Razman Roslan.

Zaquan dan Mahali akan teruskan membawa pandangan generasi baharu dalam ulasan bola sepak seperti mana yang dilakukan oleh barisan pundit yang melakukan liputan Liga Malaysia musim lepas seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Razman Roslan.

Dalam perkembangan lain, Astro Arena juga akan menyiarkan 10 perlawanan pra-musim bermula 22 April sehingga 5 Mei sebelum saingan Liga Malaysia bermula pada 10 Mei hadapan.