PEMAIN import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Mahmoud al-Mardi dilihat merakamkan kenangan berlatarbelakangkan logo pasukan itu sejak diasaskan pada 1924.
Al-Mardi yang bermain di posisi tengah Kenari sempat membuat catatan di Facebook sebelum aksi sepak mula bertemu jiran tetangga Penang FC dalam saingan Liga Super di Alor Setar pada Jumaat.
” #pulunkedahpulun. 1924 ,” tulisnya.
Prestasi KDA FC musim ini sedikit perlahan apabila berkedudukan tangga ketujuh liga dan mengumpul 18 mata.
Selain tersingkir awal kempen Piala FA, Kedah turut ditunjukkan jalan keluar PSM Makassar peringat separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC baru-baru ini.
Selepas menentang The Panthers, Al-Mardi dan rakan-rakan akan berhadapan Melaka United dan Selangor FC sepanjang September ini.