SETIAUSAHA Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC), Gunilla Lindberg mengalu-alukan kehadiran Fong Wan Hor selaku Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia ke ibu pejabat mereka pada Khamis.
Perbincangan dan pertukaran maklumat berkisar mengenai pelbagai topik berkaitan pergerakan Olimpik dan situasi dunia hari ini.
“Dalam agenda juga adalah kehendak NOC Malaysia untuk membangunkan strategi kemampanannya dan menandatangani rangka kerja sukan untuk tindakan iklim,” menurut kenyataan itu
NOC Malaysia akan menyertai NOC lain di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam webinar kemampanan The Toolbox yang dihoskan oleh ANOC, menerangkan secara terperinci lapan langkah yang perlu diambil dalam pembangunan, pelaksanaan dan pelaporan pelan kemampanan.
Webinar seterusnya akan berlangsung pada 15 Februari 2023.