N’Golo Kante pastinya tidak dapat memperkuatkan Perancis pada Piala Dunia 2022. Pemain tengah Chelsea itu tidak beraksi selama empat bulan selepas menjalani pembedahan kerana kecederaannya.
Kante tidak bersama kem Chelsea sejak Ogos lalu kerana kecederaan hamstring. Tidak lama dahulu, pengurus Chelsea, Graham Potter pernah berkata bahawa proses pemulihan Kante mengalami kemerosotan.
Chelsea kemudiannya berkongsi berita terkini mengenai kecederaan Kante. The Blues menyatakan bahawa Kante telah menjalani pembedahan dan terpaksa disisihkan selama empat bulan.
Dalam satu kenyataan, Chelsea turut berkata keputusan untuk menjalani pembedahan adalah keputusan bersama.
“Pemain tengah itu melawat pakar pasukan perubatan kelab untuk meneroka pilihan pendekatan pemulihannya dan ia telah diputuskan bersama N’Golo menjalani pembedahan membaiki kerosakan itu,” kata kenyataan di laman web rasmi kelab.
Chelsea announce N'Golo Kanté will miss four months after having surgery on his injured hamstring pic.twitter.com/YAn6SzosI2
— B/R Football (@brfootball) October 18, 2022
Justeru, Kante pastinya tidak akan dapat turut serta mempertahankan kejuaraan Piala Dunia di Qatar bersama pasukan kebangsaan Perancis di Piala Dunia 2022 akan bermula pada 20 November.
N’Golo Kante menambah senarai panjang pemain Liga Perdana Inggeris yang mengalami kecederaan serius menjelang Piala Dunia 2022. Rakan sepasukan Chelsea, Reece James mengalami kecederaan lutut ketika menentang AC Milan dan diragui untuk England.
Penyerang Liverpool, Diogo Jota juga tidak akan dapat memperkuatkan Portugal pada Piala Dunia 2022. Dia lama tidak bermain kerana kecederaan betis.