FOTO : FAM

DALAM perlawanan latihan di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Nepal dengan skor meyakinkan 5-1.

Aksi ini diadakan sebagai sebahagian daripada persiapan Malaysia untuk Kelayakan Piala Dunia Fifa 2026.

Perlawanan tersebut dimainkan tanpa kehadiran penonton dan terdiri daripada empat separuh masa yang jumlah keseluruhan 140 minit.

Malaysia mendominasi perlawanan, dengan Darren Lok menjaringkan dua gol pada minit ke-31 (penalti) dan minit ke-35, Stuart Wilkin menambah satu lagi gol pada minit ke-46, Daniel Ting menjaringkan gol pada minit ke-48, dan Mukhairi Ajmal mengukuhkan kemenangan dengan gol pada minit ke-135.

Pasukan Nepal berjaya menjaringkan satu gol, dijaringkan oleh Sameer Tamang pada minit ke-68.

Walaupun berusaha keras, Nepal tidak mampu menandingi prestasi Malaysia yang menang bergaya.