KEJOHANAN Piala Asia Bola Sepak Pantai AFC 2023 akan kembali apabila 16 pasukan yang mengambil bahagian mengetahui tentang lawan mereka pada majlis cabutan  yang akan berlangsung di pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pertandingan itu, kali terakhir diadakan pada 2019, dijangka membuat kemunculan semula selepas dibatalkan pada 2021 kerana penularan Covid-19.

Lima pasukan terbaik dalam pertandingan yang dinanti-nantikan edisi 2023 terdiri daripada tuan rumah, Thailand sebagai pilihan utama, dengan juara tiga kali, Jepun dan pemenang dua kali, Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing di tempat kedua dan ketiga, diikuti oleh Oman di tempat keempat dan Palestin di tempat kelima.

Pemilihan pasukan ditentukan oleh ranking akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC Thailand 2019.

Juara, bersama naib juara dan pemenang perlawanan tempat ketiga akan mendapat tempat dalam Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2023. Manakala, pasukan negara diletakkan dalam pot 3.

Untuk rekod, Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 selepas tewas 1-3 kepada pasukan pilihan Thailand di Pantai Pattaya, Chonburi tahun lepas.

Berikut senarai pasukan mengikut pembahagian sebelum undian

Pot 1: Thailand, Jepun, UAE, Oman
Pot 2: Palestin, Lubnan, Republik Iran, Bahrain
Pot 3: Malaysia, China, Kuwait, Afghanistan
Pot 4: Kyrgyzstan, Indonesia, Arab Saudi, Uzbekistan