PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 (Asia Cup 2025) yang akan diadakan buat kali pertama.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader, mengumumkan bahawa keputusan ini dicapai oleh Jawatankuasa Tertinggi Astaf dalam mesyuarat mereka di Bangkok, Thailand baru-baru ini, dengan keputusan sebulat suara melantik Malaysia sebagai tuan rumah.

Abdul Halim berharap agar Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, dan Majlis Tertinggi PSM dapat mempertimbangkan tawaran tersebut dengan serius dan sebaiknya.

Malah, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk memberikan hak penganjuran kepada Malaysia adalah berdasarkan kepada 10 asas kukuh dan praktikal.

May be an image of slow loris and text

Kenyataan media yang dimuatnaik Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia hari ini.

“Antara faktor utama adalah kejayaan Malaysia dalam menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dengan cemerlang pada 16 hingga 26 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan,  Hannah Yeoh, yang melalui keprihatinan dan sokongan beliau telah membolehkan PSM merealisasikan matlamat penganjuran ISTAF World Cup Sepaktakraw dengan pemberian geran penajaan sukan berjumlah RM1 juta.

“Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk menjadi medan ujian bagi negara-negara yang akan terlibat dalam Sukan SEA Bangkok, Thailand 2025,” katanya lagi.

Abdul Halim, yang juga Setiausaha Agung ISTAF, menambah bahawa format bagi tiga acara akan dicadangkan kepada Federasi Sukan SEA di Bangkok.

Acara yang dicadangkan termasuk regu berpasukan, regu, double, dan quadrant.