LALUAN sederhana menanti skuad Harimau Malaya apabila diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bakal kembali kepada format asal Disember ini.

Menerusi undian yang dijalankan di Bangkok, Thailand pada Selasa, Malaysia diundi bersama-sama pasukan Vietnam, Singapura, Myanmar, dan Laos dalam usaha untuk menjadi merebut kembali juara Asia Tenggara.

Dalam satu lagi kumpulan menyaksikan Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan pemenang kelayakan antara Brunei dan Timor Leste diundi untuk satu kejohanan yang pastinya menarik kerana format ‘home and away’ kembali diadakan untuk edisi kali ini.

 

Kejohanan dwitahunan ini pastinya akan menjadi medan terbaik buat Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menguji barisan terbaik menjelang kejohanan Piala Asia AFC 2023 yang bakal ditentukan tuan rumah.

Sebagai rekod, Malaysia layak ke final sebanyak empat kali dan muncul juara pada edisi 2010 dan pastinya Harimau Malaya mahu membuktikan kemampuan mereka di kejohanan edisi 2022 ini.