MALAYSIA Esports League 2023 (MEL23) atau E-sukan kini telah bermula di peringkat negeri sejak 28 Ogos lalu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melaksanakan MEL23 bertujuan untuk membimbing arus sukan elektronik ke arah yang lebih baik selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik KBS untuk Esports.

Terdapat tiga kategori yang sedang dipertandingkan di peringkat negeri seperti eFootball Mobile (sudah berakhir), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) (sedang berlangsung) dan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Bagi peserta-peserta yang berjaya menawan pertandingan di Liga Negeri, mereka sekaligus dapat menempah tiket untuk bertanding di Liga Kebangsaan MEL23 yang bermula pada 14 Oktober 2023.

Walau bagaimanapun, terdapat pertandingan dalam Siri Terbuka juga untuk orang awam dan boleh mula mendaftar pada 1 Oktober ini bagi merebut peluang memenangi hadiah yang menarik.

Ganjaran yang lumayan menanti pemenang-pemenang bertuah tahun ini kerana terdapat peningkatan daripada jumpah kumpulan hadiah iaitu daripada RM 299,500.00 MEL22 kepada RM 317,400.00 untuk MEL23.

Siaran secara langsung bagi kesemua perlawanan ini akan dibuat pada halaman rasmi Facebook ESI- Esports Integrated bersama 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri.