EMPAT pasukan yang berjaya layak ke separuh akhir Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menyaksikan perubahan kecil berlaku pada ranking dunia FIFA dalam kemaskini terakhir selepas selesai aksi peringkat kumpulan.
Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam akan berebut tiket ke final kejohanan dwi tahunan Asia Tenggara itu dengan peluang untuk memperbaiki ranking masih terbuka untuk keempat-empat pasukan.
Malaysia sebagai naib juara Kumpulan B akan berhadapan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu manakala Vietnam selaku juara Kumpulan B pula akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno bertemu Indonesia pada Jumaat.
FIFA Ranking update : #AFFCup2022
Group B
🇲🇾 Malaysia 4-1 Singapore 🇸🇬Points after match
🇲🇾 1071.02 (+ 2.23)
🇸🇬 1009.36 (- 2.23)Rankings after match
🇲🇾 143 (+ 2)
🇸🇬 158#AFFMitsubishiElectricCup— Footy Rankings (@FootyRankings) January 4, 2023
Tinjauan FLASH SUKAN di laman Twitter Footy Rankings, kejayaan Malaysia layak ke separuh akhir memberikan signifikan yang positif pada posisi Harimau Malaya dan menjadi pasukan paling tinggi melonjak dalam ranking dunia FIFA.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya naik dua anak tangga ke kedudukan 143 dari kedudukan 145 dalam kemaskini terkini ranking FIFA selepas kali terakhir dikeluarkan pada 22 Disember 2022.
Hasil tiga kemenangan ketika peringkat kumpulan, Malaysia berjaya meraih sejumlah 4.42 mata ranking selepas mendapat 2.21 mata ketika menang keatas Myanmar dan 1.74 mata selepas mengatasi Laos.
Kekalahan kepada Vietnam pula menyaksikan Malaysia kehilangan 1.76 mata sebelum kembali meraih 2.23 mata selepas menewaskan Singapura untuk jumlah mata keseluruhan terkini adalah 1071.02 mata ranking.
Vietnam masih unggul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara dan kini naik satu anak tangga ke tangga 95 dunia selepas meraih tiga kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengumpul 1231.97 mata secara keseluruhan.
Sementara itu tiada perubahan ranking yang berlaku kepada dua semi finalis dari Kumpulan A dengan Thailand sebagai juara kumpulan kini di tangga ke-111 dunia dengan 1177.72 mata dan Indonesia pula kekal di posisi ke-151 dalam ranking dunia FIFA dengan mata keseluruhan sebanyak 1041.33 mata.
Berikut adalah ranking terbaharu pasukan ASEAN selepas berakhir peringkat kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022:
Vietnam: 95 (+1)
Thailand 111 (-)
Filipina 134 (-)
Malaysia 143 (+2)
Indonesia 151 (-)
Singapura 157 (-)
Myanmar 160 (-)
Kemboja 177 (-)
Laos 187 (-)
Brunei 191 (-1)
Timor Leste 197 (-)