KEMENANGAN dramatik Harimau Malaya keatas Republik Krygyz pada aksi Kelayakan Bersama Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan anak-anak buah Kim Pan-gon berjaya mengutip tambahan 15.49 mata menurut laman ranking bola sepak Footy Rankings.
Tambahan mata yang signifikan itu juga sekaligus melonjakkan Malaysia tujuh anak tangga ke kedudukan 130 dari 137 dalam ranking masa nyata Fifa setakat berakhir semua perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 16 November 2023.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan pasukan di tangga ke-97 dunia itu menyaksikan Harimau Malaya mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan.
[FIFA Rankings update : #AsianQualifiers]
🇲🇾 Malaysia 4-3 🇰🇬 KyrgyzstanPoints after match
🇲🇾 1112.21 (+ 15.49)
🇰🇬 1208.54 (- 15.49)Rankings after match
🇲🇾 130 (+ 7)
🇰🇬 100 (- 3)#WCQ #FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) November 16, 2023
Malaysia kini mengumpul 1112.21 mata dan masih berpeluang menambah lagi mata serta memperbaiki ranking apabila berhadapan Chinese Taipei dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Taipei pada 21 November 2023.
Malaysia akan memperolehi tambahan 10.65 mata jika berjaya menewaskan Chinese Taipei namun perlu berhati-hati kerana akan kehilangan 1.84 mata sekiranya seri dan lebih parah jika tewas apabila mata ranking akan ditolak sebanyak 14.35 mata.
Kedudukan ini bagaimanapun akan dipengaruhi oleh beberapa perlawanan melibatkan pasukan lain seperti Kuwait, Kepulauan Faroe, Lithuania, Nicaragua, Latvia, Kepulauan Solomon dan Sudan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia di benua masing-masing.
Fifa hanya akan melakukan kemas kini terbaharu selepas semua dua perlawanan awal pusingan kelayakan Piala Dunia tamat dan akan mengumumkannya pada 30 November 2023.