MANCHESTER City naik ke tangga teratas Liga Perdana (EPL) buat kali pertama sejak November lalu selepas mencapai kemenangan 3-1 ke atas Arsenal.

Jaringan daripada Kevin De Bruyne, Jack Grealish dan Erling Haaland serta satu gol pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti Bukayo Sako, menyaksikan Arsenal menerima kekalahan pertama di laman sendiri musim ini, satu keputusan yang boleh merencatkan harapan mereka menjulang kejuaraan pertama sejak 2004.

Keputusan itu memanjangkan lagi rekod kekalahan Arsenal yang hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan terakhir.

Sementara itu, Haaland berkata, Manchester City perlu terus membawa momentum kemenangan 3-1 di Emirates untuk mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Pemain Manchester City meraikan jaringan ketika menentang Arsenal di Emirates. – Pix by Agensi

Pemain Norway itu menjaringkan gol ke-32 musim ini untuk membolehkan City menolak Arsenal ke kedudukan kedua, biarpun Gunners masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

“Saya sangat gembira kerana kami perlukan ini dan kini boleh mnulakan rentak kerana itulah yang Manchester City lakukan,” kat aHaaland kepada Amazon Prime.

Ini adalah musim pertama Haaland di EPL namun rakan sepasukannya sudah biasa berada dalam pasukan yang menang empat gelaran bersama City sejak lima tahun lalu.

“City berkaitan kami, bukan diri saya sahaja, sebuah pasukan juara yang sebenar.

“Mereka pasukan terbaik dan kami datang ke tempat mereka bukan suatu yang mudah untuk meraih tiga mata,” kata Haaland sambil mengakui, Arsenal sebuah pasukan terbaik musim ini.

Arsenal masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, namun tidak lagi berada di puncak liga. – Pix by Agensi

Guardiola menyifatkan babak pertama sebagai ‘menggerunkan’ namun memuji aksi pemainnya.

De Bruyne menggunakan kesempatan akibat kesilapan Takehiro Tomiyasu, meledakkan jaringan pendahuluan sebelum Bukayo Sako menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.

Grealish kembali meletakkan City di depan sebelum Haaland melengkapkan kemenangan City dengan menyudahkan hantaran lintang De Bruyne.

“Mereka memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan saya masih anggap mereka sebagai pendahulu, tetapi jika kami boleh ketinggalan lapan, sembilan atau 10 mata di belakan pada dua minggu lalu dan kami sudah di puncak, anda tahu apa kemampuan kami,” kata Guardiola. – Agensi