MANCHESTER City telah merancang untuk melanjutkan kontrak bersama pemain dari Norway, Erling Haaland dalam jangka masa beberapa bulan akan datang sejurus berusaha untuk lebih mengikat penyerang ini.

Haaland yang kini mempunyai empat tahun lagi dalam kontraknya bersama pemenang treble telah berhasrat untuk memanjangkan kontraknya sekurang-kurangnya bagi satu musim lagi.

Namun, Real Madrid dalam masa yang sama mempunyai hasrat untuk mengundang pemain berusia 23 tahun ini ke Bernaneu tetapi sepak bola Sepanyol ini gagal mendapatkan Haaland tahun lalu kerana dia memilih untuk berpindah ke City dengan bayaran $51 juta  dollar.

Selepas itu, Haaland beraksi dengan cemerlang kemudiannya menggegarkan dunia bola sepak England dengan mencetak 52 gol dalam semua perlawanan sebagai sebahagian daripada sejarah yang dicipta oleh City.

Dalam masa terdekat, dia akan memimpin barisan penyerang dalam aksi menentang Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad ini ketika juara bertahan cuba bangkit dari kekalahan akhir minggu lalu di Wolves dan membuka jurang empat mata dengan pencabar terdekat tahun lalu.

Bagaimanapun, pertembungan tersebut mungkin terdapat kelebihan buat Haaland oleh kerana corak permainan yang terbuka dari Arsenal akan menawarkan lebih banyak ruang untuk dia bergerak.

“Kita harus bersabar, kebanyakan pasukan bermain seperti ini menentang kami dan kita harus mencari jalan menewaskannya.

“Ini adalah keputusan yang tidak diingini tetapi kita masih berada di puncak liga dan jika kita boleh mengalahkan Arsenal, kita boleh membetulkannya,” katanya kepada media Daily Mail.