MANCHESTER United layak ke final Piala FA selepas menang menerusi penentuan penalti 4-2 (3-3) selepas hampir disingkirkan oleh Coventry City pada separuh akhir di Stadium Wembley, London, awal pagi Isnin.

United sebenarnya tidak boleh tampil bebas walaupun ketika berdepan Coventry, yang kualiti pasukannya berada di bawah mereka. The Red Devils malah turut merasakan tekanan diberikan oleh pasukan yang beraksi dalam Liga Kejuaraan.

The Red Devils berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-12 namun gagal disudahi Marcus Rashford. United akhirnya dapat membuka jaringan pada minit ke-23. Hantaran oleh Diogo Dalot diselesaikan dengan jayanya Scott McTominay dengan rembatan jarak dekat yang menukar kedudukan kepada 1-0.

Coventry membalas pada minit ke-33 apabila Jake Bidwell melepaskan rembatan walaupun cuba dihalang oleh pertahanan MU.

The match stats from Coventry City v Manchester United. Goals: 3-3 Shots: 18-28 Shots on target: 5-6 xG: 2.06-2.76 Possession: 42-58 Big chances: 2-3

Pasukan Erik ten Hag meningkatkan kelebihan mereka kepada 2-0 pada masa kecederaan separuh masa pertama. Tandukan Harry Maguire susulan hantaran Bruno Fernandes berjaya menggegarkan gawang Coventry.

MU menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-59. Rembatan Bruno Fernandes dari jarak dekat berjaya merobek gawang Coventry.

Dalam keadaan mereka sudah mendahului 3-0, MU tiba-tiba hilang kawalan. Keadaan ini segera dieksploitasi dengan baik oleh Coventry.

Coventry mengurangkan defisit kepada 1-3 pada minit ke-71. Gol itu dijaringkan oleh penyerang mereka, Ellis Simms.

Lapan minit kemudian Coventry menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini. Rembatan dari luar kotak penalti Callum O’Hare yang bertukar arah selepas terkena Aaron Wan-Bissaka berjaya menggegarkan gawang Andre Onana.

An image of Haji Wright celebrating his last-minute leveller against Manchester United

Pemain Coventry meraikan jaringan saat akhir Haji Wright untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Musibah untuk MU berlaku pada minit 90+3′. Coventry dihadiahkan penalti selepas bola terkena tangan Wan Bissaka.

Haji Wright, yang mara sebagai penendang, dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk membantu Coventry menyamakan kedudukan 3-3. Perlawanan kemudiannya masuk ke masa tambahan kerana tiada lagi gol yang dijaringkan.

Coventry menjaringkan gol yang meletakkan mereka di depan 4-3 melalui Victor Torp. Bagaimanapun, ia tidak dibenarkan selepas semakan pembantu pengadil video (VAR).

Kedudukan seri 3-3 menjadikan perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti. MU muncul juara dengan jaringan 4-2 selepas Andre Onana melakukan dua penyelamatan.