PEMAIN boleh sepak, Marcus Rashford telah meminta sebuah saluran peminat Manchester United untuk ‘berhenti menyebarkan fitnah’ sebagai respons kepada video yang mempertikaikan sama ada masa depannya di Old Trafford diragui.
Penyerang England yang menjaringkan sebanyak 30 gol musim lalu telah mengalami kemerosotan prestasi dan hanya menjaringkan satu gol dalam 14 penampilan di semua pertandingan pada musim ini.
Prestasinya yang agak teruk telah menjadi tumpuan peminat, dengan segelintir daripadanya meragui sama ada pemain berusia 26 tahun itu bakal dikeluarkan dari barisan utama di bawah pimpinan Erik Ten Hag.
Rashford tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 United ke atas Fulham pada Sabtu lalu ketika Ten Hag mengumumkan sebelum perlawanan bahawa bintang England itu mengalami kecederaan ringan.
🚨 Rashford's future in doubt? WE'RE LIVE! https://t.co/MXncmJfvfO pic.twitter.com/EKcUmQoIhl
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) November 6, 2023
Saluran peminat terkenal The United Stand kemudiannya mengeluarkan video pada hari Isnin yang bertajuk: ‘Masa depan Rashford diragui?’. Video tersebut tidak mendapat respon yang baik dari Rashford dan melalui platform media sosial X dia membalas: “Sila BERHENTI sebarkan khabar angin berniat jahat.”
Dalam penerangan video tersebut di Youtube, United Stand menulis: “Berdasarkan kecederaan Rashford ketika menentang Fulham dan prestasinya yang merosot baru-baru ini, timbul soalan: patutkah dia masih menjadi pemain tetap untuk Manchester United.”
Rashford mengembara bersama pasukannya ke perlawanan menentang Fulham, yang diadakan hanya beberapa hari selepas Ten Hag mengesahkan pemain itu telah memohon maaf kerana keluar malam beberapa jam selepas kekalahan 3-0 United.
Faz dari The United Stand dalam video itu memberi respon: “Dia telah bersama pasukan tetapi tidak digunakan (menentang Fulham). Mengembara bersama pasukan ke Fulham tetapi tidak digunakan adalah sangat menarik dan saya tidak mempercayainya.”
Dia menambah: “Saya rasa ini mungkin hukuman dari Erik Ten Hag. Ketika ini, semua orang boleh bersetuju bahawa ‘bahasa badan’ Marcus Rashford ketika dia pergi ke perlawanan, dia tidak kelihatan gembira.”
“Saya tidak tahu sama ada dia benar-benar mahu berada di sini. Di manakah komitmennya. Adakah dia benar-benar mahu bermain untuk Manchester United?”
“Bilangan gol dan bantuan yang dia cipta musim lalu – itu adalah sebuah perubahan besar. Bagaimana dia boleh berubah dari pemain 40+ G/A (gol dan bantuan) ke tahap dia berada sekarang.”
Terdahulu, Rashford dikritik oleh pengurusnya, Ten Hag selepas dia pergi ke kelab malam untuk meraikan ulang tahunnya sejurus selepas kekalahan 3-0 derby kepada Manchester City di Old Trafford. Dia bermain sebagai pemain simpanan dalam kekalahan 3-0 berikutnya kepada Newcastle dalam Piala Carabao.
The United Stand merupakan salah satu saluran peminat terbesar kelab ini dengan 1.77 juta jumlah pengikut di YouTube.