BEKAS pemain import Kelantan, Mario Arques kembali menyertai The Red Warriors memperkuatkan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.
Mario merupakan pemain import terawal ketika Kelantan beraksi bersama pasukan itu pada musim 2021.
Setelah beraksi bersama The Red Warriors selama satu musim, pihak kelab mengumumkan pemain itu telah ditamatkan pada bulan Oktober 2021 selepas pemain itu mengalami kecederaan selain perlu pulang ke Sepanyol kerana ayahnya dijangkiti Covid-19.
Pemain berusia 31 tahun ini merupakan salah seorang pemain terbaik skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Premier 2021 dengan menjaringkan dua gol dan dipilih sebagai ketua pasukan.
Bekas pemain Villarreal dan Valencia ini menyertai kelab Australia iaitu Newcastle Jets, satu musim beraksi di Australia, sebelum Mario kemudiannya berhijrah ke saingan Liga Vietnam.
Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak bersama Song Lam Nghe An pada bulan Ogos tahun lalu dimana beliau beraksi sebanyak tujuh perlawanan dan menjaringkan satu gol.
Laporan mendedahkan Mario Arqués telahpun menandatangani kontrak bersama TRW Kelantan dan akan segera menyertai sesi latihan pasukan.
Selain Mario, Kelantan akan membawa seorang lagi pemain import memperkuatkan pasukan.